Ibnu Arabi Ahli Sufi Berpengaruh

on Monday 4 February 2013

Ibnu Arabi

Ibnu Arabi

Salah seorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembangan tasauf dalam dunia Islam ialah Ibnu Arabi.

Nama lengkapnya ialah Muhiddin Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Hatimi al-Ta'i.

Beliau juga dikenali dengan gelaran Muhy ad-Din (Penghidup Agama) dan Sheikh al-Akbar (Guru Terbesar). Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang Wahdah al-wujud (kesatuan wujud) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ulama.

Setelah berkelana ke pelbagai tempat, beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayatnya. Di sana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektualnya sebagai seorang ahli sufi.

Fahaman Wahdah-al-Wujud


Ibu Arabi terkenal dengan Fahaman Wahdah-al-Wujud. Menurutnya tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki, iaitu Tuhan.

Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tampakan lahiriah daripada-Nya. Kewujudan makhluk bergantung kepada kewujudan Tuhan, atau berasal daripada kewujudan Tuhan.

Manusia yang sempurna (insan kamil) merupakan pusat tampakan diri Tuhan yang paling sempurna. Oleh sebab konsepnya ini, Ibnu Arabi dianggap kafir oleh ulama lain.

Pengaruh Tasauf


Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan tasauf, khususnya tasauf falsafah sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar ke seluruh dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya.
Di Indonesia, pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud, seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, dan Abdus Samad al-Palimbani.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu Arabi. Sebahagian besar ditulis semasa berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah Futuhat al Makkiyyah (Penaklukan Makkah).
Dalam karyanya itu, Ibnu Arabi menulis bahawa Allah SWT melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.

Fusus al-Hikam


Fusus al-Hikam (Permata Hikmah) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi, karya ini diterimanya daripada Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya, yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu.

Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaan Ilahi dalam konteks kehidupan 25 orang nabi dan rasul.




Artikel Penuh: Utusan Online








Ibn 'Arabī
BornJuly 28, 1165 CE
MurciaTaifa of Murcia
DiedNovember 10, 1240 CE
District of Ṣāliḥiyya at Jabal Qāsiyūn, Damascus
EraIslamic golden age
SchoolSufism
Main interestsMysticismSufi metaphysics,Poetry
Notable ideasOneness of being
 Sumber Gambar : Google


Koleksi Syiling Yassin


Katagori: Syiling 

Nama: Syiling Yassin



Syiling Yassin

Syiling Yassin
Syiling Yassin

Sebarang urusan sila berhubung terus melalui:

KMA - Koleksi Mistik Alam

koleksimistikalam@gmail.com

011-12720524 

012-2420437



Koleksi Batu Akik Mempunyai Kalimah Allah

Katagori: Batu Hidup

Nama: Batu Akik Mempunyai Kalimah Allah


Batu Akik Kalimah Allah
Batu Akik Mempuyai Kalimah Allah

Sebarang urusan sila berhubung terus melalui:

KMA - Koleksi Mistik Alam

koleksimistikalam@gmail.com

011-12720524 

012-2420437

Dunia Sebagai Alat


Sebagai seorang Islam kita mesti meletakkan100% pergantungan kita kepada Allah SWT


  • Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah swt dan tiada suatupun yang boleh membawa mudharat melainkan dengan izin Allah swt jua. 
  • Pemakaian dan penggunaan batu, teras kayu,pengisian energi ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
  • Pemakaian dan penggunaan batu, teras kayu, pengisian energi hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain.
  • Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah swt, jika diizinkan Allahnescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.
  • Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, gula yang bersifat manis, madu yang bersifat penawar begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya.
  • Silalah fahami bahawa batu, teras kayu,pengisian energi dan sebagainya tidak mempunyai kuasa. Batu, teras kayu dan lain-lain tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah di tangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. 
  • Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

KMA: Kenyataan ini diambil dari laman Produk Alami Qalbun Rahmah

Pembuka Bicara Koleksi Mistik Alam

on Sunday 3 February 2013

Selamat Datang,

Saya mulakan entry pertama blog Koleksi Mistik Alam ini dengan lafaz 


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"


Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk:


  1. Berkongsi rahsia berdasarkan pengalaman perjalanan.
  2. Menyebarkan ilmu bermanfaat.
  3. Sebagai arkib simpanan koleksi - koleksi batu permata, barang-barang lama, dan sebagainya.
  4. Mencari kenalan dan komuniti berkongsi maklumat.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan kami menggunakan email ini: 

koleksimistikalam@gmail.com

p/s: KMA adalah singkatan kepada - Koleksi Mistik Alam yang akan menjadi pengantara dalam artikel. 

Sama-sama kita memanfaatkan alat dunia untuk menuju akhirat sana demi kebaikan bersama.

9 Wali - Sekadar Hiasan

 
© Koleksi Mistik Alam All Rights Reserved