Dunia Sebagai Alat

on Monday 4 February 2013


Sebagai seorang Islam kita mesti meletakkan100% pergantungan kita kepada Allah SWT


  • Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah swt dan tiada suatupun yang boleh membawa mudharat melainkan dengan izin Allah swt jua. 
  • Pemakaian dan penggunaan batu, teras kayu,pengisian energi ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
  • Pemakaian dan penggunaan batu, teras kayu, pengisian energi hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain.
  • Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah swt, jika diizinkan Allahnescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.
  • Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, gula yang bersifat manis, madu yang bersifat penawar begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya.
  • Silalah fahami bahawa batu, teras kayu,pengisian energi dan sebagainya tidak mempunyai kuasa. Batu, teras kayu dan lain-lain tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah di tangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. 
  • Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

KMA: Kenyataan ini diambil dari laman Produk Alami Qalbun Rahmah

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Koleksi Mistik Alam All Rights Reserved